Tuesday, 20 March 2018

Cara Buat Minyak Celak Baby 😁

Cara buat minyak celak ni abah Ruby yg bagi. Ruby saja minta kalo2 minyak celak yg abah Ruby buat habis. Stanby la katakan. Ada anak kecil kita kena beringat yer. Ermmm faham2 jela maksud Ruby. Ruqyahkan ayat2 yg Ruby bagi pada minyak zaitun. Ruby guna minyak zaitun utk buh kat rambut baby tu. Ala brand Shurah ada, Safi dll. Kat minyak tu nak buh lada hitam boleh tak nak bubuh pun boleh. Kalo nak bubuh, letak 3 @ 7 biji lada hitam sahaja k.

①Baca 100x أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
②Baca Ayatul Kursi
③Baca 3 Qul
④Baca Surah Toha, ayat 1-5
⑤Baca Ayat Pendinding Sihir (surah An-Nisa' Ayat 84 & surah Yusuf ayat 64)
⑥Baca Bismillah 5 & 6

Setiap kali selepas mandi celek sedikit minyak celak kat ubun2, kedua2 kening, belakang telinga, kedua2 pelipat siku, kedua2 pergelangan tangan, kedua2 pelipat lutut dan pergelangan kaki. Yang paling penting pakaikan minyak celak sebelum maghrib. Jgn lupa juga bacakan Ayatul Kursi dan 3 Qul semasa baby tido. Semoga entry Ruby memberi manfaat kepada pembaca entry Ruby. Tq

Monday, 19 March 2018

Produk Untuk Kulit Berminyak 😣

Assalam, entry bagi pembuka tirai tahun 2018 ni nak share tentang penjagaan kulit bagi jenis kulit berminyak dan juga produk kosmetik yang sesuai untuk kulit berminyak macam Ruby. Bayangkan kulit Ruby yang berminyak ni kalo time berminyak kena pakai sampai 4 helai oil paper clean & clear. Baru la hilang minyak dan kulit tak nampak berkilat.

Semua produk yg Ruby senaraikan Ruby dah cuba. Memang sangat sesuai dan berkesan pada kulit Ruby. Ada perubahan ketara pada kulit Ruby. Sangat berkurangan minyak pada kulit Ruby. Happy sangat. Kenapalah dari dulu lagi Ruby tak buat research tentang produk yang sesuai untuk kulit berminyak awal2.. Kalo tak dah lama dah Ruby dapat kulit yang lebih halus dan tak berminyak. Ruby buat research about oily skin ni pun semasa Ruby cuti bersalin.hihihi... Selama ni tak pernah terfikir pun.. aduyai....

Ok antara produk yg Ruby guna:
1. Maybelline's Fit Me Matte + Poreless Powder - RM32.13 (beli kat www.shoppee.com - maybellinemy) beli time sales.
2. Maybelline's Fit Me Matte + Poreless Foundation - RM39.92 (beli kat www.shoppee.com - maybellinemy) beli time sales.
3. Maybelline Dream Velvet Foundation -RM34.93 (beli kat www.shoppee.com - maybellinemy) beli time sales.
4. Silky Girl Loose Powder - RM26.90 (beli kat Watson).
5. Silky Girl Magic BB All In One Powder Foundation - RM19.90 (beli kat Watson).
6. Tea Tree Primer Sendayu Tinggi - RM34.00 (beli kat www.shoppee.com).
7. Toner Nano White - RM19.90 (beli kat Watson) beli time sales.
9. St. Ives Scrub Blemish Control - RM22.00 (beli kat Watson).
10. Garnier Acne & Oil Clearing Foam 50ml - RM7.90 (beli kat Watson)
11. Elianto Eye Primer - RM19.90
12. Oil Paper Clean & Clear - RM11.90
13. Sariayu Pembersih Jeruk (make up cleanser) - RM5.90 (beli kat Mydin)
14 Sariayu Facial Mask Jeruk - RM10.90 (beli kat Mydin)



Wow bila disenaraikan banyak juga yer produk yang Ruby guna tapi takpa la nak cantik, nak kepuasan dan harga pun mampu milik kan.hihihi... kalo u all perasan kan Ruby ada 2 foundation iaitu Maybelline's Fit Me Matte + Poreless Foundation dan Maybelline Dream Velvet Foundation. Kalo Maybelline's Fit Me Matte + Poreless Foundation dia lebih ringan, nampak natural tapi flawless manakala Maybelline Dream Velvet Foundation Ruby rasa tebal sikit tapi still nampak natural. alau bagaimanapun tak dapat menandingi Maybelline's Fit Me Matte + Poreless Foundation. Ruby pakai ikut event dan mood.hihihi.. Perasan tak dalam gambar tu ada masker Garnier Oil Clear Self Heating Mask. Sekarang misi mencari masker tu untuk dicuba. Dengar citer macam best. Tak tahu berapa harganya.. Pakailah apa2 masker pun takpa tapi mesti berasaskan lemon, aloe vera, green tea atau tree tea. Yang tu saja sesuai untuk kulit berminyak.

Ingat kalo dah pakai make up jangan lupa guna make up cleanser sebelum cuci muka. Nati tak pasal2 jerawat tumbuh. Nyesal tak sudah.. Ok la setakat di sini dulu yer entry Ruby. Kalo rajin Ruby tulis entry lain. Tak tahu lagi topik apa nak share nati.hihihi...


Wednesday, 17 May 2017

USAHA ATASI SUSAH HAMIL . PCOS . LAMBAT PERIOD


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana pada 05 Mei 2017( hari Jumaat), dapat berita gembira yang sememangnya selama ini memang sangat dinanti2kan. I'm Pregnant..! Pregnant anak kedua.. Usia kandungan hampir 5 minggu. Lama tunggu tau.. 5 tahun menunggu...

Sebenarnya, i ni kategori susah hamil sebab i ada polycystic ovarian syndrome ( PCOS ). Bukan setakat tu je, period pun sangat tak teratur. Masa mula2 tau i ada PCOS hanya Allah jer yang tau perasaan i. Macam dunia i ni gelap gelita.. Sapa tak sedihkan?? So setiap kali nak hamil i memang kena jumpa doctor. Doctor akan bagi ubat Duphaston untuk betulkan kitaran period dalam masa beberapa bulan. Bila kitaran period dah betul baru doctor akan beri ubat subur iaitu clomid ( clomiphene ) tapi x berjaya juga walaupun makan untuk 3 cycle period. Ermmm xda rezeki lagi. After 3x cuba clomid doctor suggest buat IUI. sebelum buat IUI kne check saluran fallopio. Ermm... x ingat apa nama prosidur tu.. Sakit rasanya.. Taubat x nak buat dah.huhuhu.... Nak buat IUI ni kne tunggu kitaran haid yg baru tp 3x juga bertangguh sebab berat badan i yang tak turun2.. Payah la nak turunkan berat badan walaupun 4kg.hehehe...

Nak jadikan cerita, disebabkan asyik bertangguh nak buat IUI, i cuba la satu produk ni iaitu GANODERMA, EXCELLIUM & PEARL FEMINING. Ni cadangan daripada wife kepada kawan hubby semasa mereka datang melawat rumah kami almaklumlah baru pindah rumah baru.. Permulaan cerita i dia tanya x tambah lagi ke anak. i bgtau yg i ada masalah PCOS so skrg mmg tgh usaha untuk tambah anak lagi. Dia bgtau yg dia pun ada PCOS dan 4 tahun baru dapat anak. La ni anak dia dah setahun 1 bulan. Dia yg suggest kpd i produk GANO EXCEL ni. Dia kata dia cuba produk ni utk mengandung. Kawan dia yang suggest kan. Dia dah gi hospital nak buat IUI tp prosidur sebelum buat IUI kne buat pregnancy test dl. Alhamdulillah dia disahkan hamil.. So dengan cerita dia buatkan diri i nak cubalah. Alhamdulillah dalam masa sebulan cuba, i hamil. Alhamdulillah2, syukur kepada Allah..

Kalo period ok maksudnya tiap2 bulan datang on time atau lewat sehari dua itu adalah regular period. So kalo nak makan produk GANO EXCEL hanya ambil 2 produk ni GANODERMA & EXCELLIUM. Tp kalo kes irregular period cam i ni maksudnya period datang ikut suka, kne makan 3 produk ni GANODERMA, EXCELLIUM & PEARL FEMINING. Makan ikut aturannya, insyaAllah berhasil disamping tidak putus2 berdoa, buat solat hajat dan lain-lain ikhtiar..

Ok.. Masa mula2 period lewat, i rasa x sedap badan, rasa nak demam, cepat penat, loya, breast sakit dll lagi. Tergerak juga hati ni syak mengandung. Tp i takut nak check sebab selama ini memang selalu lewat dan kadang2 tertipu ngan symptom hamil. So konon2nya tak nak tertipu lagi dengan Cik P. huhuhu…  Hari ke-4 lewat i beranikan diri buat pregnancy test. Terkejut sebab ada 2 line. Sangat pelik sebab masa anak sulung dl 2 bulan lewat baru dapat 2 line itu pun samar2. Kali ni 2 line sangat la terang. Alhamdulillah kerana diizinkan Allah  dapat rezeki dan peluang untuk mengandung kali kedua. Syukur2 tak terhingga..




Terangkan???
Ganoderma, Excellium
Pearl Femining


Ok la doakan kandungan i selamat sehingga bersalin yer. Pssstttt... sebenarnya i guna produk ni utk kegunaan sendiri. Pendek kata usaha terakhir sebelum give up. Bukan saja2 promote dan nak jual tau.

Sekian entry i untuk hari ini. Wassalam..

Update: I dapat baby boy. Bersalin 37w 4d sama ngan baby sulung. Alhamdulillah sepasang sudah anakku. Terima kasih Allah.. Syukur padamu...

15.04.2019: mengandung kali ke-3.. baru 8 minggu mengandung..