Semua ibu akan tersangatlah gembira bila dikurniakan cahaya mata termasuklah aku sebab aku menunggu lama nak dapat baby. Bersyukur tak terhingga kepada Allah S.W.T. Walau bagaimanapun ada perkara yang memeningkan kepala aku ialah anak aku tak nak tido lena dari umur 1 hari hinggalah 50 hari. Asyik nak tido atas riba dan nak didukung jer. Boleh kurus peha dan tangan aku ni. Bukan setakat tu jer, badan aku pun kurus dan dapat berat ideal.hihihi..(part ni aku suka).
Mak aku kata anak aku nak buaian tapi bukan aku tak nak bagi buaian cuma aku nak ajar anak aku tido kat bawah. Senang kalo jalan ke mana2. Last2 aku mengalah gak sebab dah tak larat. Aku pun belilah buaian tapi anak aku ni memang demand tinggi. Nak tau dia nak apa? Dia asyik nak berenjut jer. Kalo tak enjut buainyer maka celiklah mata anak aku ni beserta rengekkan dia. Satu keje pun tak leh buat, asyik enjut buaian anak aku. Sampai sakit pinggang ni. Apa lagi aku pun carilah buaian elektrik jenama Sunflower Rocker. Alhamdulillah habis satu masalah, keje rumah pun leh wat dengan aman.huhuhu..
Inilah buaian elektrik anak aku
Ini plak gambo si jantung hati aku
Jenama yang aku pakai ni ada warranty pastu diiktiraf Malaysia Books of Records. Aiceh cam promot plak.hihi.. Elektrik pun tak banyak guna. Harganya RM180 sahaja. Bukan apa kalo nak cari biar yang selamat, tak mau pakai muat jer.huhuhu... Ok lah sekian saja ceritaku tentang buaian elektrik.
No comments:
Post a Comment