Monday, 26 November 2012

Botol Susu Pigeon

Seperti ibu2 yang lain, after habis berpantang jer akan mula training baby minum susu guna botol susu.  Yela persediaan bila masuk keje nati. Samalah cam aku juga. Masalah timbul di sini, anak aku tak nak minum guna botol susu yang aku dah siap beli. Brand botol susu yang aku guna ni brand AVENT. Mahal wo.. Kecewa aku bila anak aku tolak mentah2. Kalo bagi minum susu badan tak pernah plak nak tolak.huhuhu..
Mak aku kata nipple botol susu AVENT keras. Aku pun cubalah satu brand ni atas nasihat kawan aku. Brand yang dimaksudkan adalah brand PIGEON. Memang lembut nipple ni. Aku pun try, alhamdulillah mau juga anak aku minum walaupun merungut+merengek sebab nak susu cap gantung.hihi.. Almaklumlah mama dia ada depan mata. Lagi satu nipple PIGEON ni leh digunakan pada botol susu AVENT. Jimat duit aku.huhuhu.. Tapi kena guna nipple yang jenis wide neck la.

Inilah botol susu AVENT yang nipple nyer aku guna nipple PIGEON


Botol susu PIGEON yang aku baru beli


Peristaltic Nipple Cross Cut Y


Yang paling bagusnyer, nipple brand PIGEON ni bukan sebarang nipple tau. Nipple ni lain pada yang lain sebab nipple ni pakai teknologi baru yang diberi nama Peristaltic Nipple. Lagi satu u all boleh try nipple cross cut size Y  ni sebab susu tak akan keluar selagi baby tak hisap. So leh mengurangkan risiko baby tersedak semasa minum susu terutamanya kalo baby u all dihantar ke rumah pengasuh. Kesian wo tengok baby tersedak. Lagipun gerun aku bila baca berita about baby mati tersedak susu. Minta dijauhkanlah bab2 ni. eh lupa plak nak cerita, kalo u all tengok kat nipple cross cut size Y memang tertera tulis untuk baby 6 hingga 7 bulan tapi boleh guna untuk newborn baby, sebab aku dah try. Alhamdulillah ok jer.. Nak guna sehingga anak berusia hampir 1 tahun pun ok. Itu kawan aku bagitau pada aku la sebab dia dah try. Yang penting anak selamat....

Kalo u all nak nipple yang lebih lembut lagi, u all boleh cuba nipple jenis Peristaltic  PLUS Nipple tapi size Y takda la. Harap2 suatu hari nati company PIGEON ni cipta nipple size Y jenis Peristaltic PLUS. Cepat2 cipta yer.hihihi..  Kalo nak tau dengan lebih lanjut about nipple or botol susu PIGEON, layari website ni http://www.pigeon-my.com/


Kalo u all berminat nak beli botol susu ni, aku nasihatkan beli online kat https://www.babylandmalaysia.com/ . Bukan per murah banyak daripada beli kat shopping complex or butik barangan baby. Beli online baru RM39.90 tapi kalo beli kat tempat lain harganya RM57.00 atau RM59.00. Mahal tu.. Harga nipple sama cam kat butik barangan baby iaitu RM19.00. Aku siap beli 2 botol tau beserta barangan baby yang lain. Ok la setakat ni la cerita aku yang nak dikongsikan bersama. 

Update : Peristaltic Nipple cross cut size Y dah ada skrg. Tapi ada puting yg lebih lembut. Bentuk sama dengan puting Pigeon tapi puting dia lagi lembut iaitu Puting EKO. Kat shopee.com.my ada jual. Kat kedai baby depan HSB Alor Setar pun ada jual. Harap dapat membantu para ibu... 😊





5 comments:

  1. Sekarang ni nipple jenis Peristaltic PLUS Nipple dah ada nipple cross cut size Y. So leh u all cuba :)

    ReplyDelete
  2. sama dgn anak saya.. pun guna pigeon..dah beli 3 botel semua x nak.. nak beli juga pigeon nie untuk saja2.. nak pula dia guna sampai sekarang..

    ReplyDelete
  3. Kannn.. botol susu Pigeon mmg terbaik..

    ReplyDelete
  4. Murah dah sekarang harga botol susu pigeon ni. Kena pula time penghabisan stok atau jualan gudang, huhu,boleh borong.

    ReplyDelete