Friday, 30 August 2013

Tips Kesihatan Cara Semulajadi

Hari ni aku nak share kat u all bagaimana nak hidup cara sihat dengan cara mudah dan murah. Awal tahun ri tu ada hadiri kursus Healthy Living so aku nak share tips2 kesihatan yang aku dapat daripada kursus tersebut. Antara tips2 nyer:

Cara Bersihkan Usus
Makan Nata De Coco (perisa Laici) + Yacult
Ambil Nata De Coco sebanyak 15-20 ketul tanpa air perisa
Makan waktu sarapan setiap hari sehingga najis anda kelihatan kuning kilat.
Keberkesanan bergantung pada badan masing2. Mungkin ambil masa seminggu, 2 minggu atau sebulan. Aku wat ambil masa 2 minggu.

Meningkatkan Metabolisme
Minum setiap hari segelas air sejuk selepas bangun tidur

Mengelakkan Pigmentasi
Ambil Vitamin C
Ascorbic Acid (untuk yang ada gastric)
Calcium Ascorbic

Pengambilan Collagen
Cari Hydrolazed Collagen (yang ni kalo terlebih dalam badan akan keluar melalui air kencing)
Collagen hanya boleh diambil bila umur 35 tahun dan ke atas. Kalo x tua sebelum tua.huhuhu..

Kuruskan Badan
Ambil 2 sudu teh serbuk kayu manis dan dimasukkan dalam segelas air. Amalkan minum setiap hari

Dapatkan Kulit Gebu
Makan Vitamin E ( pastikan kandungan botol vitamin E tu ada tulis D-alpha)

Masalah Haid Tak Teratur
Makan EPO atau Omega 3 1000mg – 3000mg

Atasi Masalah Arthritis
Minum campuran air tembikai tanpa gula + halal gelatine + collagen
Amalkan setiap hari
Dapatkan halal gelatine di www.halalgelatin.com

Dapatkan Khasiat Seperti Susu Ibu
i) Probiotic (pil khasiat susu ibu)
ii) Minum campuran Transfer Factor + minyak kelapa dara + susu segar

Atasi Kencing Manis
2 sudu teh serbuk kayu manis + alpha lipoic acid

Atasi Sakit Lutut
Minum campuran air tembikai tanpa gula + halal gelatine

Atasi Gaot
Minum campuran air tembikai tanpa gula + 2 sudu teh soda bikarbonat

Dapatkan Kalsium
Makan 2 helai daun kari kerana khasiat 2 helai daun kari bersamaan 2 gelas susu
Makan ikan bilis

Mencegah Kanser
Elakkan:
i) Gula putih ii) Ajinamoto iii) Paraben iv) Pil kalsium (kecuali bagi ibu2 mengandung, orang yang patah tulang)
v) Susu pekat vi) Marjerin vii) Roti putih

* Selamat mencuba yer kawan2 :)