Tuesday, 15 September 2015

DOA ATASI MASALAH RESDUNG

Doa ni abah aku bagi pada aku dari aku remaja lagi. Aku selalu amalkan dan bila terkena resdung doa ni la penyelamat aku. U ols boleh buat cam dalam image yg aku share ni atau buat seperti yg biasa aku buat.
  1. Ambil 1 sudu besar minyak masak baru dan bacakan selawat 3x dan doa resdung 1x. Pastu hembuskan pada minyak tersebut.
  2. Ambil kain perca cotton. kain tu gunting kecil dan gulungkan. (Buat gulungan tu muat2 utk lubang hidung u ols la.
  3. U ols calitkan hujung gulungan kain pada minyak yang dibaca doa cam aku suruh tu, pastu sumbat dalam hidung u ols.
  4. U ols akan rasa hingus mengalir dan gatal2. Tahan yer sehingga kain gulungan tu basah lenjun.
  5. Selepas kain gulungan tu basah lenjun, tarik dari hidung u ols dan buang hingus yang mengalir dengan lebatnya dulu.
  6. Ambil plier dan lilin yang telah dinyalakan api, pastu bakar kain gulungan tu menggunakan plier sehingga kain tu jadi abu. U ols akan nampak percikan api yg meletup2 gitew. Itu menandakan ulat resdung u ols terbakar.
  7. Ulang langkah 2 sehingga 6 lagi. Buat 3x 1 hari sehingga hidung u ols x rasa gatal k.
Selamat Mencuba..!







PETUA ELAK ANAK DEMAM KUNING/ JAUNDIS

PETUA ELAKKAN BABY KUNING

1.      Makan kurma 1 biji setiap hari sepanjang mengandung.
2.      Minum susu kambing 2x setiap hari, pagi dan malam.
3.      Minum air kelapa bermula kandungan 8 bulan (x semua boleh minum)
4.      Elakkan makan asam dan jeruk sepanjang kehamilan.
5.      Minum air glukos bermula kandungan 8 bulan (x semua boleh minum)
6.      Kalau loya makan epal hijau.

DOA UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Kali ni nak share doa-doa yang boleh diamalkan untuk dapatkan zuriat/ anak. Sama-samalah kita amalkan doa ni yer.. 






TANDA ANDA HAMIL

TANDA-TANDA KEHAMILAN

1. Payudara Terasa ‘Membengkak’ Dan Sedikit Nyeri (berlaku pada Ruby)
Salah satu tanda awal dari kehamilan adalah rasa nyeri/sensitive pada payudara bila disentuh. Ini disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon dalam tubuh. Rasanya mungkin lebih sakit dari yang anda biasa alami sebelum menstruasi. Rasa tidak selesa ini akan berkurang setelah trimester pertama, seiring tubuh menyesuaikan dengan perubahan hormon.

2. Cepat Letih (berlaku pada Ruby)
Merasa sangat lelah secara tiba-tiba? Tidak ada yang tahu secara pasti apa yang menyebabkan kelelahan pada awal kehamilan. Tapi ada kemungkinan terjadinya peningkatan kadar hormon progesteron yang menyebabkan anda mengantuk. Anda akan merasa lebih bertenaga setelah anda menginjak trimester kedua. Rasa penat biasanya kembali datang pada bulan-bulan akhir kehamilan ketika anda membawa beban lebih berat dan ketidakselesaan juga biasa terjadi pada masa kehamilan yang membuat anda susah untuk tidur dengan nyenyak.

3. Perdarahan/flek (berlaku pada kandungan pertama)
Beberapa wanita mengalami sedikit perdarahan sekitar 11 – 12 hari setelah terjadi pembuahan (dekat waktu anda terlambat datang bulan). Perdarahan ini mungkin disebabkan oleh sel telur yang telah dibuahi masuk ke dalam lapisan yang kaya dengan darah di uterus anda. Proses ini dimulai 6 hari setelah pembuahan, tetapi tidak ada seorang pun yang tahu dengan pasti. Perdarahannya tidak banyak (tampak seperti noda merah, pink atau agak kecoklatan) dan berakhir dalam 1 – 2 hari (SEGERA beritahu doktor anda apabila mengalami perdarahan, jika diikuti rasa sakit kerana dikhuatiri tanda dari kehamilan ectopic (biasanya disebut hamil di luar kandungan).

4. Mual dan Muntah (berlaku pada Ruby) 
Kalau anda seperti wanita pada umumnya, morning sickness tidak muncul sampai 1 bulan setelah pembuahan. (beberapa yang beruntung tidak mengalaminya sama sekali). Tetapi beberapa wanita merasa mual lebih awal. Dan itu tidak hanya pagi hari, kehamilan dengan mual dan muntah dapat terjadi pagi, siang atau malam. Kira-kira 50% wanita hamil tetap merasakan mual-mual sampai pada awal trimester kedua. Dan sebagian lagi yang lain perlu beberapa bulan sampai rasa mualnya benar-benar hilang.

5. Meningkatnya Sensitif Terhadap Bau (berlaku pada Ruby)
Kalau anda pertama kali hamil, tidak aneh kalau anda menghindari bau kopi atau aroma lain yang menyengat. Walaupun tidak ada yang tahu secara pasti, ini mungkin terjadi akibat dari meningkatnya kadar estrogen di tubuh anda. Anda juga mungkin akan menemukan beberapa makanan yang biasanya anda suka tiba-tiba jadi ‘aneh’ rasanya.

6. Perut Kembung (berlaku pada Ruby)
Perubahan hormonal p
ada awal kehamilan dapat membuat anda merasa kembung, sama seperti pada beberapa wanita sebelum datang bulan. Itu sebabnya baju anda terasa sesak dari biasanya di bahagian pinggang, walaupun kandungan anda masih kecil.

7. Sering Buang Air Kecil (berlaku pada Ruby)
Segera setelah anda hamil, anda akan menyedari bahawa anda jadi rajin ke bilik air. Ini terjadi kebanyakan kerana selama kehamilan jumlah darah dan cairan tubuh meningkat sehingga cairan yang diproses di ginjal juga meningkat dan akhirnya ke kantung kencing anda. Gejala ini biasanya muncul awal minggu ke-6 sampai trimester pertama dan jadi lebih sering seiring proses kehamilan dan pertumbuhan bayi yang semakin menekan kantung kencing anda.

8. Terlambat Datang Bulan (berlaku pada Ruby)
Jika anda biasanya menstruasi secara cukup teratur dan bulan ini anda ‘terlambat’, anda perlu mencuba test kehamilan walaupun anda belum merasakan ada tanda-tanda kehamilan seperti yang saya sebutkan tadi. Tetapi jika menstruasi anda tidak teratur atau anda tidak terlalu memperhatikan kitaran haid, rasa mual-mual, payudara yang terasa mengencang dan sering ke bilik air. Ini menandakan kehamilan sebelum anda menyedari bahawa mens anda terlambat.

9. Suhu Tubuh Naik
Jika anda sering mengukur suhu tubuh anda dan anda melihat bahawa suhu tubuh anda tetap naik selama 18 hari, anda mungkin hamil.


10. Pembuktian: Hasil Test Kehamilan Di Rumah (berlaku pada Ruby)
Biasanya anda perlu melihat tanda positif atau tidaknya kehamilan anda pada alat preggy test, tetapi ada preggy test yang tidak cukup sensitive membaca tanda kehamilan sampai kurang lebih seminggu setelah terlambatnya datang bulan. Jadi jika anda ingin melakukan test lebih awal dan hasilnya negative, cuba lagi beberapa hari berikutnya. Jika hasilnya positif, jumpalah doktor.