TANDA-TANDA KEHAMILAN
1. Payudara Terasa
‘Membengkak’ Dan Sedikit Nyeri (berlaku pada Ruby)
Salah satu tanda awal dari kehamilan adalah rasa nyeri/sensitive pada payudara
bila disentuh. Ini disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon dalam tubuh.
Rasanya mungkin lebih sakit dari yang anda biasa alami sebelum menstruasi. Rasa
tidak selesa ini akan berkurang setelah trimester pertama, seiring tubuh
menyesuaikan dengan perubahan hormon.
2. Cepat Letih (berlaku pada Ruby)
Merasa sangat lelah secara tiba-tiba? Tidak ada yang tahu secara pasti apa yang
menyebabkan kelelahan pada awal kehamilan. Tapi ada kemungkinan terjadinya peningkatan
kadar hormon progesteron yang menyebabkan anda mengantuk. Anda akan merasa
lebih bertenaga setelah anda menginjak trimester kedua. Rasa penat biasanya
kembali datang pada bulan-bulan akhir kehamilan ketika anda membawa beban lebih
berat dan ketidakselesaan juga biasa terjadi pada masa kehamilan yang membuat
anda susah untuk tidur dengan nyenyak.
3. Perdarahan/flek (berlaku pada kandungan pertama)
Beberapa wanita mengalami sedikit perdarahan sekitar 11 – 12 hari setelah
terjadi pembuahan (dekat waktu anda terlambat datang bulan). Perdarahan ini
mungkin disebabkan oleh sel telur yang telah dibuahi masuk ke dalam lapisan
yang kaya dengan darah di uterus anda. Proses ini dimulai 6 hari setelah pembuahan,
tetapi tidak ada seorang pun yang tahu dengan pasti. Perdarahannya tidak banyak
(tampak seperti noda merah, pink atau agak kecoklatan) dan berakhir dalam 1 – 2
hari (SEGERA beritahu doktor anda apabila mengalami perdarahan, jika diikuti
rasa sakit kerana dikhuatiri tanda dari kehamilan ectopic (biasanya disebut
hamil di luar kandungan).
4. Mual dan Muntah (berlaku pada Ruby)
Kalau anda seperti wanita pada umumnya, morning sickness tidak muncul sampai 1
bulan setelah pembuahan. (beberapa yang beruntung tidak mengalaminya sama
sekali). Tetapi beberapa wanita merasa mual lebih awal. Dan itu tidak hanya
pagi hari, kehamilan dengan mual dan muntah dapat terjadi pagi, siang atau
malam. Kira-kira 50% wanita hamil tetap merasakan mual-mual sampai pada awal
trimester kedua. Dan sebagian lagi yang lain perlu beberapa bulan sampai rasa
mualnya benar-benar hilang.
5. Meningkatnya Sensitif
Terhadap Bau (berlaku pada Ruby)
Kalau anda pertama kali hamil, tidak aneh kalau anda menghindari bau kopi atau
aroma lain yang menyengat. Walaupun tidak ada yang tahu secara pasti, ini
mungkin terjadi akibat dari meningkatnya kadar estrogen di tubuh anda. Anda
juga mungkin akan menemukan beberapa makanan yang biasanya anda suka tiba-tiba
jadi ‘aneh’ rasanya.
6. Perut Kembung (berlaku pada Ruby)
Perubahan hormonal pada awal kehamilan dapat membuat anda merasa kembung, sama
seperti pada beberapa wanita sebelum datang bulan. Itu sebabnya baju anda
terasa sesak dari biasanya di bahagian pinggang, walaupun kandungan anda masih
kecil.
7. Sering Buang Air Kecil (berlaku pada Ruby)
Segera setelah anda hamil, anda akan menyedari bahawa anda jadi rajin ke bilik
air. Ini terjadi kebanyakan kerana selama kehamilan jumlah darah dan cairan
tubuh meningkat sehingga cairan yang diproses di ginjal juga meningkat dan
akhirnya ke kantung kencing anda. Gejala ini biasanya muncul awal minggu ke-6
sampai trimester pertama dan jadi lebih sering seiring proses kehamilan dan
pertumbuhan bayi yang semakin menekan kantung kencing anda.
8. Terlambat Datang Bulan (berlaku pada Ruby)
Jika anda biasanya menstruasi secara cukup teratur dan bulan ini anda
‘terlambat’, anda perlu mencuba test kehamilan walaupun anda belum merasakan
ada tanda-tanda kehamilan seperti yang saya sebutkan tadi. Tetapi jika
menstruasi anda tidak teratur atau anda tidak terlalu memperhatikan kitaran
haid, rasa mual-mual, payudara yang terasa mengencang dan sering ke bilik air.
Ini menandakan kehamilan sebelum anda menyedari bahawa mens anda terlambat.
9. Suhu Tubuh Naik
Jika anda sering mengukur suhu tubuh anda dan anda melihat bahawa suhu tubuh
anda tetap naik selama 18 hari, anda mungkin hamil.
10. Pembuktian: Hasil Test
Kehamilan Di Rumah (berlaku pada Ruby)
Biasanya anda perlu melihat tanda positif atau tidaknya kehamilan anda pada
alat preggy test, tetapi ada preggy test yang tidak cukup sensitive membaca
tanda kehamilan sampai kurang lebih seminggu setelah terlambatnya datang bulan.
Jadi jika anda ingin melakukan test lebih awal dan hasilnya
negative, cuba lagi beberapa hari berikutnya. Jika hasilnya positif, jumpalah doktor.