Tuesday, 14 January 2014

Pigeon MagMag Straw Cup

Hari ni nak kongsi citer tentang straw cup. Pigeon MagMag Straw Cup ni sangat special. Nak tahu kenapa aku suka dengan pigeon Magmag ni sebab lubang straw ni jenis cross cut, sama seperti lubang puting susu Pigeon. Kalo anak aku minum confirm x tersedak.

Kalo straw cup brand lain sah2 anak aku tersedak semasa minum. Bukan setakat tersedak, habis basah baju dia. Minum pun bukan dapat sangat pun. Lebih banyak meleleh dari mulut daripada minum.huhuhu...

So sebab tu Pigeon Magmag ni penyelesaiannya. Aku beli sampai dua. 1 untuk kat rumah dan 1 lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh. So leh gilir2 kalo x sempat kering after cuci. Harga Pigeon MagMag ni RM45. Kalo u ols rajin selalu survey kat www.babyland malaysia.com. Kadang2 ada offer so murah sikit. Cam hari ni aku survey kat website babyland Malaysia RM31.90. Lagi satu brand Pigeon ni pun ada jual berus cuci straw. Harganya baru RM11 sahaja. So x berkarat la straw anak u ols nati.. Kebersihan kena jaga tau. Ok setakat ni je la yang nak aku kongsi. Selamat mencuba Pigeon MagMag Straw Cup :)

Ni la yang aku kata lubang jenis cross cut

Ni pandangan depan


Friday, 30 August 2013

Tips Kesihatan Cara Semulajadi

Hari ni aku nak share kat u all bagaimana nak hidup cara sihat dengan cara mudah dan murah. Awal tahun ri tu ada hadiri kursus Healthy Living so aku nak share tips2 kesihatan yang aku dapat daripada kursus tersebut. Antara tips2 nyer:

Cara Bersihkan Usus
Makan Nata De Coco (perisa Laici) + Yacult
Ambil Nata De Coco sebanyak 15-20 ketul tanpa air perisa
Makan waktu sarapan setiap hari sehingga najis anda kelihatan kuning kilat.
Keberkesanan bergantung pada badan masing2. Mungkin ambil masa seminggu, 2 minggu atau sebulan. Aku wat ambil masa 2 minggu.

Meningkatkan Metabolisme
Minum setiap hari segelas air sejuk selepas bangun tidur

Mengelakkan Pigmentasi
Ambil Vitamin C
Ascorbic Acid (untuk yang ada gastric)
Calcium Ascorbic

Pengambilan Collagen
Cari Hydrolazed Collagen (yang ni kalo terlebih dalam badan akan keluar melalui air kencing)
Collagen hanya boleh diambil bila umur 35 tahun dan ke atas. Kalo x tua sebelum tua.huhuhu..

Kuruskan Badan
Ambil 2 sudu teh serbuk kayu manis dan dimasukkan dalam segelas air. Amalkan minum setiap hari

Dapatkan Kulit Gebu
Makan Vitamin E ( pastikan kandungan botol vitamin E tu ada tulis D-alpha)

Masalah Haid Tak Teratur
Makan EPO atau Omega 3 1000mg – 3000mg

Atasi Masalah Arthritis
Minum campuran air tembikai tanpa gula + halal gelatine + collagen
Amalkan setiap hari
Dapatkan halal gelatine di www.halalgelatin.com

Dapatkan Khasiat Seperti Susu Ibu
i) Probiotic (pil khasiat susu ibu)
ii) Minum campuran Transfer Factor + minyak kelapa dara + susu segar

Atasi Kencing Manis
2 sudu teh serbuk kayu manis + alpha lipoic acid

Atasi Sakit Lutut
Minum campuran air tembikai tanpa gula + halal gelatine

Atasi Gaot
Minum campuran air tembikai tanpa gula + 2 sudu teh soda bikarbonat

Dapatkan Kalsium
Makan 2 helai daun kari kerana khasiat 2 helai daun kari bersamaan 2 gelas susu
Makan ikan bilis

Mencegah Kanser
Elakkan:
i) Gula putih ii) Ajinamoto iii) Paraben iv) Pil kalsium (kecuali bagi ibu2 mengandung, orang yang patah tulang)
v) Susu pekat vi) Marjerin vii) Roti putih

* Selamat mencuba yer kawan2 :)

Monday, 26 November 2012

Botol Susu Pigeon

Seperti ibu2 yang lain, after habis berpantang jer akan mula training baby minum susu guna botol susu.  Yela persediaan bila masuk keje nati. Samalah cam aku juga. Masalah timbul di sini, anak aku tak nak minum guna botol susu yang aku dah siap beli. Brand botol susu yang aku guna ni brand AVENT. Mahal wo.. Kecewa aku bila anak aku tolak mentah2. Kalo bagi minum susu badan tak pernah plak nak tolak.huhuhu..
Mak aku kata nipple botol susu AVENT keras. Aku pun cubalah satu brand ni atas nasihat kawan aku. Brand yang dimaksudkan adalah brand PIGEON. Memang lembut nipple ni. Aku pun try, alhamdulillah mau juga anak aku minum walaupun merungut+merengek sebab nak susu cap gantung.hihi.. Almaklumlah mama dia ada depan mata. Lagi satu nipple PIGEON ni leh digunakan pada botol susu AVENT. Jimat duit aku.huhuhu.. Tapi kena guna nipple yang jenis wide neck la.

Inilah botol susu AVENT yang nipple nyer aku guna nipple PIGEON


Botol susu PIGEON yang aku baru beli


Peristaltic Nipple Cross Cut Y


Yang paling bagusnyer, nipple brand PIGEON ni bukan sebarang nipple tau. Nipple ni lain pada yang lain sebab nipple ni pakai teknologi baru yang diberi nama Peristaltic Nipple. Lagi satu u all boleh try nipple cross cut size Y  ni sebab susu tak akan keluar selagi baby tak hisap. So leh mengurangkan risiko baby tersedak semasa minum susu terutamanya kalo baby u all dihantar ke rumah pengasuh. Kesian wo tengok baby tersedak. Lagipun gerun aku bila baca berita about baby mati tersedak susu. Minta dijauhkanlah bab2 ni. eh lupa plak nak cerita, kalo u all tengok kat nipple cross cut size Y memang tertera tulis untuk baby 6 hingga 7 bulan tapi boleh guna untuk newborn baby, sebab aku dah try. Alhamdulillah ok jer.. Nak guna sehingga anak berusia hampir 1 tahun pun ok. Itu kawan aku bagitau pada aku la sebab dia dah try. Yang penting anak selamat....

Kalo u all nak nipple yang lebih lembut lagi, u all boleh cuba nipple jenis Peristaltic  PLUS Nipple tapi size Y takda la. Harap2 suatu hari nati company PIGEON ni cipta nipple size Y jenis Peristaltic PLUS. Cepat2 cipta yer.hihihi..  Kalo nak tau dengan lebih lanjut about nipple or botol susu PIGEON, layari website ni http://www.pigeon-my.com/


Kalo u all berminat nak beli botol susu ni, aku nasihatkan beli online kat https://www.babylandmalaysia.com/ . Bukan per murah banyak daripada beli kat shopping complex or butik barangan baby. Beli online baru RM39.90 tapi kalo beli kat tempat lain harganya RM57.00 atau RM59.00. Mahal tu.. Harga nipple sama cam kat butik barangan baby iaitu RM19.00. Aku siap beli 2 botol tau beserta barangan baby yang lain. Ok la setakat ni la cerita aku yang nak dikongsikan bersama. 

Update : Peristaltic Nipple cross cut size Y dah ada skrg. Tapi ada puting yg lebih lembut. Bentuk sama dengan puting Pigeon tapi puting dia lagi lembut iaitu Puting EKO. Kat shopee.com.my ada jual. Kat kedai baby depan HSB Alor Setar pun ada jual. Harap dapat membantu para ibu... 😊