Wednesday, 17 May 2017

USAHA ATASI SUSAH HAMIL . PCOS . LAMBAT PERIOD


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana pada 05 Mei 2017( hari Jumaat), dapat berita gembira yang sememangnya selama ini memang sangat dinanti2kan. I'm Pregnant..! Pregnant anak kedua.. Usia kandungan hampir 5 minggu. Lama tunggu tau.. 5 tahun menunggu...

Sebenarnya, i ni kategori susah hamil sebab i ada polycystic ovarian syndrome ( PCOS ). Bukan setakat tu je, period pun sangat tak teratur. Masa mula2 tau i ada PCOS hanya Allah jer yang tau perasaan i. Macam dunia i ni gelap gelita.. Sapa tak sedihkan?? So setiap kali nak hamil i memang kena jumpa doctor. Doctor akan bagi ubat Duphaston untuk betulkan kitaran period dalam masa beberapa bulan. Bila kitaran period dah betul baru doctor akan beri ubat subur iaitu clomid ( clomiphene ) tapi x berjaya juga walaupun makan untuk 3 cycle period. Ermmm xda rezeki lagi. After 3x cuba clomid doctor suggest buat IUI. sebelum buat IUI kne check saluran fallopio. Ermm... x ingat apa nama prosidur tu.. Sakit rasanya.. Taubat x nak buat dah.huhuhu.... Nak buat IUI ni kne tunggu kitaran haid yg baru tp 3x juga bertangguh sebab berat badan i yang tak turun2.. Payah la nak turunkan berat badan walaupun 4kg.hehehe...

Nak jadikan cerita, disebabkan asyik bertangguh nak buat IUI, i cuba la satu produk ni iaitu GANODERMA, EXCELLIUM & PEARL FEMINING. Ni cadangan daripada wife kepada kawan hubby semasa mereka datang melawat rumah kami almaklumlah baru pindah rumah baru.. Permulaan cerita i dia tanya x tambah lagi ke anak. i bgtau yg i ada masalah PCOS so skrg mmg tgh usaha untuk tambah anak lagi. Dia bgtau yg dia pun ada PCOS dan 4 tahun baru dapat anak. La ni anak dia dah setahun 1 bulan. Dia yg suggest kpd i produk GANO EXCEL ni. Dia kata dia cuba produk ni utk mengandung. Kawan dia yang suggest kan. Dia dah gi hospital nak buat IUI tp prosidur sebelum buat IUI kne buat pregnancy test dl. Alhamdulillah dia disahkan hamil.. So dengan cerita dia buatkan diri i nak cubalah. Alhamdulillah dalam masa sebulan cuba, i hamil. Alhamdulillah2, syukur kepada Allah..

Kalo period ok maksudnya tiap2 bulan datang on time atau lewat sehari dua itu adalah regular period. So kalo nak makan produk GANO EXCEL hanya ambil 2 produk ni GANODERMA & EXCELLIUM. Tp kalo kes irregular period cam i ni maksudnya period datang ikut suka, kne makan 3 produk ni GANODERMA, EXCELLIUM & PEARL FEMINING. Makan ikut aturannya, insyaAllah berhasil disamping tidak putus2 berdoa, buat solat hajat dan lain-lain ikhtiar..

Ok.. Masa mula2 period lewat, i rasa x sedap badan, rasa nak demam, cepat penat, loya, breast sakit dll lagi. Tergerak juga hati ni syak mengandung. Tp i takut nak check sebab selama ini memang selalu lewat dan kadang2 tertipu ngan symptom hamil. So konon2nya tak nak tertipu lagi dengan Cik P. huhuhu…  Hari ke-4 lewat i beranikan diri buat pregnancy test. Terkejut sebab ada 2 line. Sangat pelik sebab masa anak sulung dl 2 bulan lewat baru dapat 2 line itu pun samar2. Kali ni 2 line sangat la terang. Alhamdulillah kerana diizinkan Allah  dapat rezeki dan peluang untuk mengandung kali kedua. Syukur2 tak terhingga..




Terangkan???
Ganoderma, Excellium
Pearl Femining


Ok la doakan kandungan i selamat sehingga bersalin yer. Pssstttt... sebenarnya i guna produk ni utk kegunaan sendiri. Pendek kata usaha terakhir sebelum give up. Bukan saja2 promote dan nak jual tau.

Sekian entry i untuk hari ini. Wassalam..

Update: I dapat baby boy. Bersalin 37w 4d sama ngan baby sulung. Alhamdulillah sepasang sudah anakku. Terima kasih Allah.. Syukur padamu...

15.04.2019: mengandung kali ke-3.. baru 8 minggu mengandung..






Sunday, 31 July 2016

Cara Cuci Handbag Yang Kotor


Entry kali ni i nak kongsi tentang cara cuci handbag yg kotor. Tak kiralah beg daripada material kulit, PU (polyurethane), 'PVC' (poly vinyl chloride) atau juga dikenali sebagai 'vinyl'. Sakit mata wo tengok handbag yang kotor. Jom buat sendiri.

Bahan2 yang diperlukan:

1. Leather Cleaner (i beli kat Giant)
2. Kain cermin mata atau kain yang lembut.

atau

1. Sabun mandian jenis cecair
2. Kain cermin mata atau kain yang lembut.
3. Bahan pelindung vynil (kalo nak guna)

Cara Cuci:
1. Sapukan leather cleaning pada handbag dan biarkan 2 minit.
2. Gosok dengan lembut sehingga hilang kotoran.

atau

1. Campurkan sedikit sabun pencuci pakaian dengan semangkuk air suam. Celupkan kain yang bersih ke dalamnya, perah hingga tiada air yang menitik. Gosok perlahan-lahan permukaan luar handbag. Bilas kain sehingga ia bebas dari bahan pencuci dengan mencucinya dengan air bersih. Lap sisa-sisa sabun pada handbag dan pastikan permukaan handbag benar-benar kering dan bersih.


Contoh sabun mandian

Boleh cari kat mana2 pasaraya

Nampak tak perbezaan? Sebelah dah dicuci manakala sebelah lagi belum dicuci. Kena rajin cuci selalu.. Beg i ni dah bertahun2 tak dicuci so nak nampak baru tu susah la sikit. Jangan tunggu kotor sangat baru nak cuci hokey... 


Selamat mencuba..!

Tuesday, 15 September 2015

DOA ATASI MASALAH RESDUNG

Doa ni abah aku bagi pada aku dari aku remaja lagi. Aku selalu amalkan dan bila terkena resdung doa ni la penyelamat aku. U ols boleh buat cam dalam image yg aku share ni atau buat seperti yg biasa aku buat.
  1. Ambil 1 sudu besar minyak masak baru dan bacakan selawat 3x dan doa resdung 1x. Pastu hembuskan pada minyak tersebut.
  2. Ambil kain perca cotton. kain tu gunting kecil dan gulungkan. (Buat gulungan tu muat2 utk lubang hidung u ols la.
  3. U ols calitkan hujung gulungan kain pada minyak yang dibaca doa cam aku suruh tu, pastu sumbat dalam hidung u ols.
  4. U ols akan rasa hingus mengalir dan gatal2. Tahan yer sehingga kain gulungan tu basah lenjun.
  5. Selepas kain gulungan tu basah lenjun, tarik dari hidung u ols dan buang hingus yang mengalir dengan lebatnya dulu.
  6. Ambil plier dan lilin yang telah dinyalakan api, pastu bakar kain gulungan tu menggunakan plier sehingga kain tu jadi abu. U ols akan nampak percikan api yg meletup2 gitew. Itu menandakan ulat resdung u ols terbakar.
  7. Ulang langkah 2 sehingga 6 lagi. Buat 3x 1 hari sehingga hidung u ols x rasa gatal k.
Selamat Mencuba..!